thailand

BANGKOK – Kabinet Thailand telah meluluskan perintah berkurung di selatan Thailand, di mana puak pemisih bergerak aktif, hanya beberapa hari selepas mereka melakukan serangan.

Arahan yang ditandatangani Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha dan disiarkan pada Jumaat dilakukan berikutan serangan pada Rabu lalu yang menyaksikan 15 anggota keselamatan terbunuh, kebanyakannya para sukarelawan yang mempertahankan kampung.

Serangan di wilayah Yala itu menyaksikan jumlah kematian yang tinggi di pihak kerajaan sejak pemberontakan pada 2004, lapor AP.

Seramai 7,000 orang awam, anggota tentera, pekerja kerajaan dan puak pemisah telah terbunuh sejak 15 tahun akibat daripada pergolakan itu.

Perintah berkurang itu dilaksanakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara yang memberi kuasa kepada badan koordinasi politik tentera, Pemerintah Operasi Keselamatan, hak untuk melaksanakan perintah berkurung di sembilan daerah daripada 1 Disember 2019 hingga 30 Novemver 3020.

Langkah lain yang diambil termasuk melaksanakan Artikal 18 yang menyekat orang ramai daripada memasuki atau meninggalkan premis, menutup jalan dan menghalang penggunaan kenderaan dan menyekat penggunaan peralatan elektronik atau peralatan yang boleh memudaratkan orang ramai dan harta awam.

Langkah tersebut sepatutnya dilaksanakan dalam cara yang meminimumkan ketidakselesaan kepada masyarakat.

Berikutan pergolakan di wilayah Yala, Pattani, Narathiwat dan sebahagian Songkhla, langkah lain yang membenarkan agensi keselamatan diberi kuasa khas telah dilakukan di kawasan yang terlibat. – Agensi