Seorang bekas kerani firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 138 pertuduhan membabitkan pecah amanah lebih RM100,000 sejak 2012 hingga 2015.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang mendakwa dirinya wartawan sambilan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang ketua pegawai eksekutif wanita.

Mohd Zarith Md Hanipah, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M. M Edwin Paramjothy semalam.

Mahkamah menetapkan 18 Nov untuk menjatuhkan hukuman dan pendengaran fakta kes.

Mohd Zarith didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) Melissa Ong, 47, di sebuah hotel di sini, pada 12.15 tengah hari, 8 Nov lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Annur Atikah Abdul Hadi menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh sementara menunggu tarikh jatuh hukum.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam berkata itu merupakan kesalahan pertamanya kerana dia tidak pernah mencederakan sesiapa sebelum ini.

Mohd Zarith berkata dia mempunyai lima anak, baru balik dari luar negara dan kini bekerja sebagai wartawan bebas.

Dia ditahan di Penjara Sungai Buloh selepas gagal membayar jaminan RM15,000 yang ditetapkan oleh mahkamah.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast