Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu membuat sebarang komen mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Datuk Seri Najib Razak membela kerana wujud kes prima facie dalam kes penyelewengan dana SRC International.

Menurut Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan sebagai badan eksekutif tidak seharusnya mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh badan kehakiman.

“Bukan sahaja PM, macam saya sendiri ataupun mana-mana orang politik bila bercakap mengenai Rule of Law tentang pengasingan kuasa. Contohnya kita dari legislatif, dan PM atau menteri mereka tergolong juga dalam eksekutif, jadi bila keputusan dibuat oleh badan kehakiman, tidak perlu ada komen yang boleh dilihat sebagai campur tangan daripada badan itu.

“Saya cakap sesiapa sahaja, termasuk saya. Kita tidak perlu komen tentang apa-apa keputusan yang dibuat oleh mahkamah, melainkan saluran yang betul,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas itu menjawab pertanyaan media mengenai kenyataan Dr Mahathir yang terkejut apabila Datuk Seri Najib Razak terkejut kerana diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi, semalam.

Dr Mahathir berkata “Saya terkejut yang dia (Najib) terkejut, seluruh dunia tahu bahawa Najib bersalah tetapi kita mengikut kedaulatan undang-undang. Kita hadapkan dia (Najib) ke mahkamah. Sesi pendengaran juga mengambil masa beberapa bulan itu cara kita sebagai sebuah kerajaan,” katanya.

Takiyuddin berkata, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu harus lebih berhati-hati membuat sebarang kenyataan.

Ini kerana menurut beliau, sebarang komen daripada badan eksekutif itu boleh memberikan gangguan kepada badan kehakiman dalam membuat keputusan.

“Apabila mahkamah membuat keputusan memanggil dia bela diri, sepatutnya orang yang ada kepentingan macam pihak kerajaan lebih berhati-hati apabila memberikan sebarang komen.

“Terkejut atau tidak kerana itu dilihat sebagai gangguan daripada satu pihak kepada pihak yang lain,” katanya lagi.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa tindakan tidak memanggil tiga saksi utama dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd yang mengaitkan Najib membuktikan wujud campur tangan daripada Perdana Menteri.

Tiga saksi penting yang dimaksudkannya ialah ahli perniagaan Jho Low, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Yg bertanya tu wartawan.
    Sudah pasti sebagai pm akan menjawab.
    Itu pun apabila ada kenyataan dari lokman adam berkenaan ada campur tangan pm dalam kes src tu.
    Iyaalah sekarang kan pas sudah sebahagian dari batang tubuh umno.
    Sakit umno maka sakit juga lah pas.

    Cuma beza nya masih ramai ahli pas yg cerdik.
    Tahu bezakan mana yg baik & mana yg silap pemimpin pas bila bertaawun dgn pemimpin2 yg dah rosak akhlaknya.

    Nnti akan ada juga cakap-cakap tepi.
    Pas pun akhlak nya sama saja dgn umno.

    Apapun kita tunggu kes pemimpin pas pula dibicarakan.

    Barulah rakyat dapat nilai mana intan mana kaca.

    • Betullah wartawan tu bertanya..tp, xkan jwpn tu ja yg bleh diberi?..cuba ko tgk jwpn yg dia bg..”satu dunia dh tahu najib bersalah..” pehal?..mahkamah blom jatuh hukum bersalah pn..

Comments are closed.