Datuk Seri Anwar Ibrahim. foto IQBAL BASRI, 17 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Tuduhan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam wujud campur tangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam keputusan kes Datuk Seri Najib Razak adalah tidak berasas.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan undang-undang di negara ini adalah bebas malah rakyat boleh membaca pertuduhan terhadap Najib yang didakwa di mahkamah kerana terlibat dalam penyelewengan dana SRC International sebanyak RM42 juta.

“Itu tidak ada asas, dia (Lokman Adam) boleh dakwa tapi proses undang undang adalah bebas dan telus – dan orang boleh baca kes dan saya tidak mau campur selain menyatakan bahawa ada keputusan hakim untuk minta Najib bela diri.

“Ini proses undang undang masih berterusan, jadi saya rasa kita tidak perlu layan tuduhan melainkan mereka ada bukti yang kukuh,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen, hari ini.

Anwar diminta mengulas dakwaan Lokman Adam bahawa tindakan tidak memanggil tiga saksi utama dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd yang mengaitkan Najib membuktikan wujud campur tangan daripada Perdana Menteri.

Tiga saksi penting yang dimaksudkannya ialah ahli perniagaan Jho Low, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Dalam perkembangan lain, Anwar turut ditanya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) yang akan membentangkan laporan mengenai empat jawatan kerajaan tertinggi sama ada perlantikan diberi kuasa untuk melindungi kedudukan mereka seperti SPRM.

Anwar berkata pelantikan itu bukan sebahagian daripada revolusi Parlimen dan keputusan akan dibuat keatas perkara itu.

“Ini tidak perlu kita bincangkan sebagai sebahagian daripada pembaharuan Parlimen tetapi kita perlu membuat keputusan terlebih dahulu,” katanya lagi.

Parlimen dilaporkan akan menerima laporan tentang pelantikan ketua empat agensi kerajaan sebagiamana yang dikatakan Pengerusi PSC, William Leong.

Ia melibatkan pelantikan ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ketua Polis Negara (KPN) dan Ketua Halim Negara.

Jun lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dipanggil jawatankuasa itu untuk ditanya antara lain tentang visi, misi dan hala tuju pengurusannya.

Ia berlaku selepas pelantikan Latheefa dibuat Dr Mahathir Mohamad mengundang kecaman banyak pihak kerana ia dilakukan tanpa rundingan dengan Kabinet atau Jawatankuasa PSC. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.