TERKINI : Datuk Seri Najib ‘BERANI’ – Hishammuddin

KUALA LUMPUR – Langkah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memilih membela diri menerusi keterangan bersumpah membuktikan bahawa beliau seorang yang berani untuk berdepan dengan pertuduhan membabitkan dana RM42 juta untuk kes syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut berkata dipanggil membela diri membuktikan bahawa Najib masih tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

“Kita kena tengok proses mahkamah dan Najib dah buat keputusan untuk buat kenyataan bersumpah mahkamah dan diberikan ruang disoal balas pendakwaan. Itu satu keputusan tepat dan berani.

“Kerana rata-rata orang dalam kes ini nak lihat kebenaran, kita nak tengok proses keadilan itu berjalan supaya orang ramai dapat lihat sendiri apa kebenarannya.

“Bila dia nak bagi bukti serta merta, rela disoal, balas saya rasa ia membenarkan proses untuk kita mencari kebenaran,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.