TERKINI : MED Berjaya Lahirkan Syarikat-Syarikat Baru Melalui Program PIV – Dr Hatta Ramli

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan berjaya melahirkan ramai vendor dalam pelbagai industri berkepentingan menerusi program Perkongsian Inovasi Vendor (PIV) yang diperkenalkan sebelum ini.

Timbalan Menteri, Datuk Dr. Mohd Hatta Ramli berkata, hasil kejayaan itu, kementeriannya telah membina vendor yang asalnya mempunyai syarikat kecil sehingga berpindah kepada syarikat utama.

“Antara usaha kita ialah untuk melihat kembali pencapaian vendor melalui program pembangunan yang kita bermula sejak kita memperkenalkan industri otomotif dahulu.

“Menerusi program pembangunan ini, kita membina vendor dan sehingga hari ini kita ada 21 syarikat ulung atau utama kita yang menggunakan sistem vendor.