TERKINI : Saya Tunaikan Janji dan Hasrat Allahyarham “Enam Sekolah Terima Dewan Terbuka” – Maszlee

PEKAN NANAS – Enam sekolah di Parlimen Tanjung Piai bakal menerima Dewan Terbuka baharu menjelang April 2020 nanti.

Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata, inisaitif pembinaan dewan terbuka berkenaan melibatkan enam sekolah di Tanjung Piai adalah antara kerja yang dimulakan oleh bekas Ahli Parlimen Allahyarham Datuk Dr Farid Md Farik untuk kegunaan dan manfaat warga sekolah dan komuniti setempat.

“Enam sekolah yang bakal menerima manfaat dari pembinaan dewan terbuka ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup, SK Andek Mori Serkat, SK Batu 24, Jalan Johor, SK Jeram Batu, Sk Pangkalan Raja dan SK Parit Haji Adnan.