TERKINI : Strategi PH “Aura Tun M Tarik Pengundi” Tanjung Piai – Karmaine Sardini

PONTIAN -Kehadiran Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan untuk ceramah mega di Kukup Tanjung Piai esok akan membawa aura untuk menarik sokongan pengundi menjelang hari mengundi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai 16 November ini.

Calon Pakatan Harapan Karmaine Sardini ,66, berkata kehadiran Tun Mahathir Mohamad akan memberi berita serta tumpuan kepada pengundi dan masyarakat Tanjung Piai yang masih tidak tahu bahawa Tun bukan lagi pemimpin Barisan Nasional.

“Sokongan sewajarnya patut diberikan kepada Pakatan Harapan sebab Tun merupakan pemimpin PH dan kerajaan PH sedang berusaha untuk memulihkan negara secara serius dan ini penting untuk disampaikan kepada pengundi.