TOKYO (Reuters) – Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda menafikan dasar fiskal dan monetari mempunyai kaitan dengan Teori Moden Monetari (MMT) yang diutarakan oleh beberapa akademia Amerika Syarikat.

MMT antara lain mencadangkan wang dicetak tanpa had bagi membolehkan bank memberikan hutang kerajaan untuk kegunaan perbelanjaan fiskal.

“BoJ membeli bon-bon kerajaan bagi membolehkannya membentuk lengkungan hasil di samping mencapai sasaran inflasinya,” kata beliau kepada Parlimen.

“Tidak benar mengatakan dasar fiskal dan monetari Jepun dipandu mengikut asas MMT,” tegasnya lagi.- Agensi