TOKYO – Agensi angkasa Jepun berkata kapal angkasa, Hayabusa2, telah meninggalkan asteroid di mana ia mengumpul sampel, dan akan terbang sejauh 800 juta kilometer untuk membawa sampel itu ke bumi pada November atau Disember tahun depan.

Kapal angka itu sepatutnya memulakan perjalanan pulang ke bumi pada penghujung tahun ini namun perjalanannya dipercepatkan selepas barjaya melaksanakan tugas yang dirancang, lapor agensi berira Kyodo seperti dipetik The Japan Times.

Ia berlepas dari asteroid Ryugu pada pukul 10.05 pagi waktu Jepun, kata Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (Jaxa).

“Kami bersyukur (Hayabusa2)  telah melaksanakan misi mencabar dan kami mahu ia melaksanakan tugas terakhir (misi ini),” kata Pengurus misi Jaxa, Makoto Yoshikawa.

Hayabusa2 dilancarkan untuk mendapat petunjuk mengenai pembentukan sistem solar dan permulaan kehidupan menerusi misi kapal angkasa ke asteroid, yang mana bahan galian bawah tanah dipercayai mengekalkan keadaannya – tidak menerima kesan haba solar – apabila sistem solar wujud 4.6 bilion tahun lalu.

Kapal itu dijangka mendarat di padang pasir di selatan Australia, kata Jaxa.

Hayabusa2 mula meninggalkan Ryu pada kelajuan kira-kira 0.09 meter sesaat dan akan terus mengambil gambar asteroid itu ketika ia meninggalkannya.

Kapal angkasa tersebut akan menyelaras kedudukannya apabila berada 65 kilometer dari Ryugu, jarak untuk keluar daripada graviti asteroid. Ia dijangka melakukannya pada Isnin ini.

Kapal angkasa itu akan menguji enjin ionnya, yang merupakan sumber tujahan utama, pada 2 Disember sebelum meluncur menuju ke bumi. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast