Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

KUKUP – Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak berkuasa polis di Pontian supaya mempertimbangkan semula syarat ketat yang dikenakan ke atas calon dan parti yang berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai kali ini.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, ketika suasana kempen sedang menghampiri saat kritikal dan kemuncak berbaki dua hari lagi, syarat permit tidak sewajarnya diperketatkan sedemikian sebaliknya semua calon dan parti bertanding harus diberikan kebebasan berkempen.

Menurut Muhyiddin, beliau menerima aduan rasmi daripada pembangkang yang tidak berpuas hati dengan syarat ketat sehingga dikenakan permit untuk kempen walkabout dan rumah ke rumah termasuk trak.

“Saya dah uruskan berpuluh-puluh pilihan raya sebelum ini tetapi tidak pernah lihat syarat begitu ketat seperti sekarang yang mana sejak hari penamaan calon mereka sudah mula berkempen seperti biasa.

“Jadi justeru itu kita harap polis dibidang tugas saya (kementerian Dalam Negeri) di peringkat daerah agar bertimbang rasa asalkan tidak ad pergaduhan atau pertemhungan serta keadaan tidak baik.

“Semua parti bertanding arus diberi peluang dan sebaginya dan ini kita amalkan sejak zaman ke zaman. tak ada syarat sebegini mesti dapatkan permit. Bagi saya saya perlu berikan sedikit ruang jangan dihalang sekat, bukan nak bergaduh.

“Lagipun setakat hari ini tak dapat laporan trend membimbangkan pasal keselamatan,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PH petang tadi.

Terdahulu Ketua Polis Johor Komisioner Datuk Mohd Kamarudin Md Din menjelaskan bahawa syarat ketat permit untuk kempen menggunakan kenderaan bergerak atau walkabout calon rumah ke rumah penting untuk mengelak provokasi dan pergaduhan.

“Penting untuk polis bagi menjamin keselamatan parti-parti bertanding termasuk peengundi, dan soal permit rumah ke rumah tidak seharusnya dipersoalkan,” tegasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast