KUALA LUMPUR – Pelakon Nabila Huda memberitahu dia dan Mohd. Izwan Johar tidak pernah menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka sejak mendirikan rumah tangga empat tahun lalu.
Namun tahun ini, kata Nabila, suaminya membuat kejutan apabila meraikannya dengan pergi makan malam di sebuah restoran di ibu kota.
Malah jelasnya, Mohd. Izwan turut membuat kelainan mahu menyambut ulang tahun perkahwinan mereka mengikut tarikh kalendar Islam.
“Nampak tak muka awkward tu tak tau nak react macam mana sebab tak pernah sambut anniversary! Sebenarnya kami nikah pada 25 Disember, tapi suami saya ikut kalendar Islam di mana tarikh perkahwinan kami telah berlangsung sehari selepas Maulidur Rasul.
“Masa dia explain tu Abil memang tak faham dan keep cakap kami nikah pada 25 Disember, pening tukar-tukar anniversary, sejak tu Abil diam je lah,” tulisnya di Instagram miliknya.
Berkongsi momen itu lagi, Nabila berkata, suaminya turut meminta untuk memakai pakaian cantik untuk keluar makan malam bersama.
“Dan dia cakap, pakai cantik-cantik saya nak bawa awak pergi dinner, aku pun macam, haaa.. sejak bila pula husband aku ni pandai nak ajak pergi dinner ni, sekali sampai restoran tu, fuhh dinner Jepun wehh.. fine dining! Thank you for tonight love.
“Actually lebih baik macam ni dari tiap-tiap tahun nak surprise, dah jadi tak special juga, lagipun tak sambut anniversary pun tak apa, hari-hari pun boleh sambut di rumah,” tulisnya lagi. – MalaysiaGazette