TERKINI : BENGONG!!! Undi Untuk “Pilih Wakil Rakyat, Bukan Imam Sembahyang” – Tuan Ibrahim

PEKAN NANAS – Pengundi-pengundi Melayu di kawasan Parlimen Tanjung Piai diminta agar tidak keliru dengan keputusan Muafakat Nasional meletakkan, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengundi Melayu tidak perlu bimbang untuk mengundi Jeck Seng yang berbangsa Cina kerana pemilihannya hanyalah sebagai wakil rakyat dan bukannya untuk mengimamkan solat.

Katanya, mereka tidak perlu termakan dengan kata daripada Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika menyampaikan ceramahnya pada kempen PRK berkenaan baru-baru.

“Saya nak ingatkan yang kita nak pilih ini bukan imam sembahyang. Kita nak pilih wakil rakyat.