Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kemelut dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin membahang apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan mengadakan mesyuarat dengan puak-puak yang berbeza.

Presiden PKR itu berkata, beliau sama sekali tidak akan menghalang mana-mana pihak yang mahu mengadakan mesyuarat masing-masing tetapi tidak mahu mengesahkannya.

“Saya tidak akan mengadakan pertemuan dengan puak-puak yang berbeza. Saya akan mengadakan mesyuarat parti…jika anda mahu saya bertemu dan mengesahkan kumpulan tertentu, itu bukan tugas presiden.

“Anda perlu menunggu untuk memilih presiden baru jika anda berani,” katanya seperti dilaporkan oleh portal Malaysiakini.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Anwar dalam ucapannya di Konvensyen Bahagian Perlis dan Kedah.

Anwar juga menggunakan istilah ‘kartel’ apabila bercakap mengenai mesyuarat.

Mereka yang dikaitkan dengan istilah kartel ini merujukkepada puak Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dipercayai ini adalah kali pertama Anwar menggunakan istilah tersebut di khalayak ramai.

Isu puak-puak yang terlibat dalam kemelut dalaman PKR ini berlarutan selepas pembatalan jemputan yang dibuat kepada Azmin untuk merasmikan kongres kebangsaan AMK pada bulan depan.

Azmin mendakwa pembatalan jempulan itu dibuat untuk menghalang beliau bersuara dalam kongres sayap parti itu.

Dalam pada itu, Anwar juga menjawab dakwaan penyokong Azmin kononnya beliau enggan bertemu dengan mereka.

“Di Parlimen, saya selalu singgah di kantin….kemudian saya pergi ke pejabat saya di tingkat atas, di mana mereka yang ada temujanji berjumpa saya di sana.

“Sesiapa sahaja boleh berjumpa saya. Pada hari-hari yang lain, saya berada di pejabat saya di Jalan Gasing (Petaling Jaya), jadi tidak benar mereka kata tidak dapat bertemu dengan saya Apa lagi jika anda seorang menteri atau timbalan menteri.

“Tetapi jika mesyuarat parti telah ditetapkan, mesyuarat biro politik, mesyuarat kepimpinan pusat (MPP) atau mesyuarat khas, maka tidak ada perkara seperti puak (setiausaha agung) puak Saifuddin (Nasution Ismail) atau puak kartel. Saya tidak akan mengesahkannya.

“Kedudukan tidak sepatutnya menjadikan kita hamba atau budak suruhan,” katanya.

Anwar juga memberi amaran tentang perangkap kuasa, jawatan dan kekayaan, dengan menyatakan bagaimana ini boleh mempengaruhi idealisme.

Oleh itu, beliau mengingatkan tentang asal usul PKR.

“Jawatan bukanlah untuk kita menjadi hamba dan budak suruhan sehingga hilang rasa dan melupakan prinsip dan perjuangan parti kita.

“Kedudukan (politik) kita kerana parti.. Bagaimana kita dapat melupakan parti dan prinsip selepas mendapat kedudukan dan kuasa?” katanya.

Menekankan keperluan PKR untuk menjadi kuat, Anwar memberitahu, rakyat akan menilai parti itu berdasarkan muslihat dalaman yang sedang berlaku.

“Saya, sebagai presiden, memerlukan parti yang kuat. Oleh itu, disiplin adalah penting,” katanya.

Menurut Anwar, sejarah mesti dilihat semula kerana kuasa dan kekayaan amat mempersonakan.

“Oleh kerana itu, kita harus melihat pada masa lampau, perkasakan (idealism) dan lihat ke depan. Saya akan mulakan dengan Nabi Muhammad. Apa yang menjadi contoh Nabi. Tingkah laku dan etika baginda.

“Kuasa dan kekayaan tidak boleh menghanyutkan pemimpin kita. (Mereka) mesti menjalani kehidupan  sederhana kerana kita mempunyai tanggungjawab terhadap rakyat. Kita mesti tegas dalam hal ini.

“Apa yang membezakan kita (PKR)? Orang-orang kita adalah yang paling anti-rasuah, anti-pembaziran dan anti-rasuah. Tetapi apabila kita memerintah, idealisme kita mula berkurangan,” katanya.

Anwar mengakui bahawa Pakatan Harapan tidak dapat menyampaikan semua janji dalam manifesto pilihan raya tetapi menegaskan kepentingan komitmen parti itu untuk mencapai matlamat tertentu.

“Jangan lupa, PTPTN (pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan pengangguran memerlukan tumpuan serius dan komitmen yang jelas untuk memperbaiki keadaan,” katanya.

Mengenai keadaan ekonomi negara, Anwar berkata, dari segi kekayaan, Vietnam telah melangkaui Malaysia manakala Indonesia sedang menghampiri jurang.

“Inilah sebabnya mengapa kita perlu difokuskan, tidak mengadakan perbincangan di sana sini, dan mengadakan perbincangan dengan UMNO seketika dan seterusnya, mengadakan perbincangan dengan PAS, apa ini?” tegur Anwar.

Mengulas mengenai usaha mengurangkan kemiskinan di Malaysia, Anwar berkata, isu itu tidak boleh dilihat melalui kanta perkauman walaupun orang Melayu adalah yang paling terjejas.

“Parti kita tidak bercakap tentang kemiskinan mengikut kaum, jika anda mahu kekal dalam PKR, anda tidak boleh menyimpang daripada ini, kita memperjuangkan semua (kaum).

“Ramai yang miskin adalah orang Melayu, ada juga orang India yang miskin, ini adalah masalah yang perlu kita hadapi, isu pekerjaan memberi kesan kepada semua, inilah realiti di hadapan kita,” katanya.

Dalam ucapan penutupnya, Anwar mengimbau semula bagaimana banyak pihak merasa bahawa membentuk parti berbilang kaum tidak dapat dilaksanakan kerana orang Melayu tidak akan menerimanya.

Bagaimanapun, Anwar berkata, tanggapan ini telah terbukti salah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Jawatan yang disandang adalah untuk kita lebih menghambakan diri kepada Allah. Mesti memiliki sifat kehambaan dalam diri bukannya sifat ketuanan.. Sekadar pendapat peribadi.

  2. Asal bkn kaki liwat….lg pun party kunyit d tubuhkn hanya untuk mbela al juburi….skrg bila dh ada yg xsbulu dgn al J.. hati panas maa….jgn ingat diri sdr tu bkuasa sgt… Prancangan kau boleh buat..ttp prancangan Allah swt yg tbaikkkkk…

Comments are closed.