Filem No Time To Die merupakan filem James Bond yang ke -25 lakonan Daniel Craig dan diarahkan oleh Cary Fukunaga.- DailyMail

LOS ANGELES- Pelakon, Daniel Craig akan mengakhiri lakonannya dalam filem James Bond selepas filem terbaharu ejen 007 itu, No Time To Die ditayangkan tahun depan.

Namun pengakhirannya agak bergaya kerana disebut-sebut bakal menjadi pengarah kepada filem James Bond yang berikutnya.

Filem No Time To Die merupakan filem James Bond yang ke -25 diarahkan oleh Cary Fukunaga.

Menurut DailyMail, penerbit filem James Bond, Barbara Broccoli juga berbesar hati sekiranya Craig mahu menjadi pengarah kepada filem ejen British itu kelak.

“Craig merupakan tulang belakang kepada filem James Bond ke-25 dan dia berhasrat keluar secara bergaya,” kata sumber.

Craig yang kini berusia 51 tahun sebelum itu pernah menyatakan hasrat untuk tidak lagi memegang watak James Bond memandangkan faktor usianya.- MalaysiaGazette