KUALA LUMPUR – FELDA telah memfailkan satu tuntutan saman sivil terhadap dua bekas pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Samad dan Tan Sri Shahrir Samad.

Selain itu,  kontraktor Synergy Promenade Sdn Bhd serta dua pemiliknya Abd Rahman Soltan dan Noraini Soltan serta 16 lagi pihak lain juga dibuat atas konspirasi penipuan terhadap FELDA.

Tuntutan itu berkaitan Projek Kuala Lumpur Vertical City yang dimulakan semasa Mohd Isa menjadi Pengerusi FELDA.

“Projek tersebut telah dianugerahkan oleh pengurusan dan lembaga pengarah pada waktu itu kepada Synergy Promenade Sdn Bhd atas syarat-syarat yang jelas merugikan FELDA,” kata satu kenyataan FELDA hari ini.

Terdahulu dalam bulan April lalu, FELDA telah membuat laporan polis atas nasihat peguamnya bahawa terdapat kesalahan jenayah dalam proses penganugerahan dan pelaksanaan projek tersebut yang menyebabkan tanah-tanah FELDA di Jalan Semarak
berpindah milik kepada Synergy Promenade Sdn Bhd.

FELDA masih menunggu tindakan yang akan diambil oleh pihak polis.

FELDA menuntut kerugian sejumlah RM2.06 bilion dan pembatalan semua perjanjian dan transaksi berkaitan Projek Kuala Lumpur Vertical City dan pembangunan tanahtanah Jalan Semarak yang telah dipindah milik melalui suratcara pemindahan secara penipuan.

Pengurusan dan lembaga pengarah FELDA komited untuk mengembalikan FELDA kepada objektif asalnya dan akan menggunakan semua saluran untuk mendapatkan
semula segala kerugian yang telah diakibatkan terhadap FELDA, kata kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.