KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan sejumlah 74,308 tiket perlawanan Malaysia menentang Indonesia yang dijadualkan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sudah pun terjual.
Menurut kenyataan daripada FAM itu, hanya sedikit sahaja baki iket yang belum terjual setakat ini.
“Kesemua tiket tersebut masih boleh didapati secara atas talian melalui www.tickethotline.com,” katan kenyataan itu.
FAM juga memaklumkan tiada kaunter tiket akan dibuka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari perlawanan sekiranya tiket tersebut habis terjual secara atas talian.
Pasukan negara kendalian Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe akan melayan kunjungan Indonesia di perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 pada Selasa ini. – MalaysiaGazette