Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Keputusan PRK Parlimen Tanjung Piai tidak melemahkan semangat Pakatan Harapan (PH).

Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu berkata, PH menerima kekalahan dengan terbuka dan penuh kesedaran.

“Keputusan ini tidak sedikitpun melemahkan semangat kami malah menyemarakkan lagi tekad untuk terus bekerja kuat memberi khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keputusan itu juga, katanya, menuntut kerajaan PH agar terus memperbaiki pemerintahan agar segala usaha dan inisiatif yang dilaksanakan dapat dirasai oleh rakyat.

“Kami juga akan berusaha merapatkan saf kepimpinan antara parti-parti dalam PH dan pada masa yang sama mempergiatkan lagi program-program penerangan kepada rakyat.,” ujarnya.- MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Elok lah begitu, sedar diri sikit, dulu kita pilih PH dengan harapan membawa pembahruan, rupa rupanya lagi hancai…janji langsung tidak boleh guna /pakai….

  2. Sudah la mat sabu.ko org semua dh terlambat..
    Ph bukn nye pertama kli kalah pilihan raya kecil.
    Dh 4 kli berturut kalah..ko kaji la seberapa lama ko mau.rakyat dh tk ndak lg kjaan ph dap..merugikn ms dn tenaga je sokong ph dap ni..

    • Rais yatim pun sama dari keturunan suku sebab itu dia kata Mat Sabu tiga suku. Yang lari dari parti asal masuk parti lain itu semua tiga suku. Tidak ada penderian.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.