Xavier Jayakumar

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Xavier Jayakumar menyifatkan kemenangan Barisan Nasional di Tanjung Piai tidak mencermikan bahawa rakyat di seluruh negara menolak kerajaan Pakatan Harapan.

Ini kerana, katanya, Tanjung Piai di Johor itu adalah bangsa Johor dan ia lain daripada yang lain.

“Tanjung Piai bukan seluruh Malaysia. Tanjung Piai di Johor, itu bangsa Johor,” kata Menteri Tanah Air dan Sumber Asli itu ketika menghadiri program ‘IWK 2Five Run’ di Pantai Eco Park seperti dilaporkan media hari ini.

Bagaimanapun, menurut Xavier, kekalahan PH yang menyandarkan calonnya Karmaine Sardini itu akan dijadikan panduan kepada kerajaan dan PH akan melakukan sesuatu untuk masa hadapan.

Katanya, kekalahan itu tidak lebih daripada luahan kemarahan rakyat terhadap beberapa isu termasuk sentimen agama dan kaum di mana menurut beliau agenda seumpama itu boleh membantutkan kemajuan Malaysia.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Jeck Seng yang menang dengan majoriti besar iaitu sebanyak 15, 086 undi.

Karmaine tewas kepada calon BN, Datuk Seri Wee Jeck Seng yang memperoleh 25,466  undi sekaligus mengembalikan Parlimen Tanjung Piai kepada BN selepas 18 bulan dimenangi oleh PH dalam PRU Mei lalu. – MalaysiaGazette

 

3 Komen

  1. Klu awak kosongkan kerusi dan buat PRK, pasti dan sy yakin muafakat nasional akan menang majoriti besar.apa pun sy ucapkan takziah pada ph dan pencacai ya.

  2. Daripada negeri JOHOR lah UMNO ditubuhkan,drp.negeri JOHOR lah kebangkitan bangsa kemerdekaan dan drp.JOHORlah bermula nya kebangkitan Muafakat National. Ia nya umpama peledak politik yg.memungkiri janji2 tidak di tunaikan. Ayuh bangkit bangsa JOHOR.

  3. Tanjung Piai Johor… PRK yg me jadi petanda jelas kebangkitan rakyat menentang kerajaan hipokrit, kerajaan penipu dan kerajaan yg menghancingkan rakyat… #tolakpHancing #tukarkerajaan #bubarparlimen

Comments are closed.