TERKINI : BN Menang PRK Tanjung Piai “Adalah Kemenangan Rakyat” – Zahid Hamidi

PONTIAN – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai jelas membuktikan bahawa rakyat semakin kuat memberikan isyarat kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kejayaan yang dicapai oleh BN itu merupakan kemenangan buat rakyat.