Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menganggap Datuk Seri Najib Razak sebagai anak jantan dan rakyat kini menilainya sendiri.

Beliau berkata demikian membalas ciapan twitter Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abd Samad yang mempertikaikan kenapa penyokong Barisan Nasional (BN) terus mempertahankan ‘penyelewengan’ perdana menteri berkenaan.

“Tak habis lagi pening mu Lid (Khalid)..bawa bertenang. DSN (Najib) dibela peguam-peguam beliau. Dia tak pernah libatkan parti..Dia anak jantan Lid..rakyat dah nilai sendiri,” kata Annuar.

Sebelum itu, Khalid berkata, berbeza dengan BN, mereka terus mempertahankan penyelewengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“BN sebaliknya terus mempertahankan penyelewengan Najib dan dakwa ianya semua fitnah. Itu sebab saya yakin PH akan kekal berkuasa. Setiap setiap langkah ke arah yang lebih baik,” katanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dalam ciapan twitternya malam ini.

Beliau merujuk kepada kekalahan teruk PH dalam PRK Parlimen Tanjung Piai baru-baru ini.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

PH terima kekalahan, BN terus pertahan penyelewengan

3 Komen

  1. KO Blum bangun tdo ke lid? Orang dah kesawah ekou x bangun tdo laii.x bau hancing ke tempat tdo tu.atok cukup x suka habis mesyuarat jer tdo..tdo,tido,tdo lain kerja dah x da.

  2. 20 tahun dulu bila Tun M nak bersara jadi PM sy berfikir siapa yg benar2 boleh menggantikan beliau…Pak Lah..dia ok tapi kurang aura..bila DSN ganti Pak Lah..sy berfikir boleh ke dia jadi PM…bila tengok dia berucap macam tak kena…tapi lama2 sy jadi suka cara dia menjana ekonomi negara banyak idea yg bernas…nampak tak masuk akal tapi bila fikir utk jangka masa panjang ia memang berbaloi.
    Paling best rakyat benar2 merasai sedikit harta dan wang negara…betul ada setengah rakyat tak menikmatii…tapi kalau kita percaya pada allah swt kita akan faham bahawa ajal dan rezeki tu allah swt yg berikan..tentu allah swt tu maha adil memberi rezeki kepada hambanya.
    Dulu sy penyokong tegar era Tun M…tapi dia ni memang jenis tahi hidung masin dan kedekut nak mampus..sebab era beliau susah ralyat nak rasa wang negara…wang negara hanya untuk anak pinak dan saudara mara serta kroni.
    Entah btul atau tidak DSN merompak wang negara…blum di buktikan lagi…jadi secara peribadi sy mengatakan DSN masih calon terbaik untuk menjadi PM bagi menggantikan Tun M yg dah tak relevan.

Comments are closed.