Foto Facebook Terengganu FC.

KUALA LUMPUR – Terengganu FC mengesahkan Faiz Nasir kembali memperkuatkan jentera tengah pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Berita itu diumumkan sebentar tadi melalui satu perkongsian di Facebook pasukan itu.

Faiz sebelum ini menyertai Selangor pada awal musim 2019 namun pemain bertubuh kecil dan licik ini seperti sukar untuk mendapatkan tempat di dalam kesebelasan utama B. Satianathan.

Ini menyebabkan Faiz menjadi antara lapan pemain yang dilepaskan oleh skuad Red Giants baru-baru ini.

Sebelum kembali menyertai Terengganu FC, pemain berusia 27 tahun ini turut dikaitkan akan ke Kedah.

Walaupun sering kali disisihkan oleh Selangor, Faiz sempat menampilkan beberapa aksi yang baik bersama Selangor sehingga mendapat panggilan Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe bagi menghadapi kejohanan antarabangsa empat negara, Piala AIRMARINE 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 20 hingga 23 Mac 2019 yang lalu.

Merupakan tonggak utama Terengganu pada musim 2018 di bawah kendalian Irfan Bakti, Faiz kini sudah sudah tidak sabar untuk kembali bersatu dengan bekas rakan sepasukannya dan membentuk gandingan baru dibawah kendalian pengendali TFC, Nafuzi Zain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast