LONDON – Kandungan beratus-ratus muka surat dokumen dalaman kerajaan yang bocor mendedahkan bagaimana penahanan secara besar-besaran yang dilakukan China ke atas etnik Uighur dan kaum minoriti lain di Xinjiang merupakan arahan daripada pemimpin negara itu, Xi Jinping, untuk ‘menunjukkan tiada belas kasihan’ dalam ‘pergelutan terhadap keganasan, penyusupan dan ideologi pemisahan’.

Lebih daripada 400 muka surat dokumen diperolehi New York Times menunjukkan kerajaan negara itu itu sedar kempen pengasingan secara besar-besaran akan memporak-perandakan keluarga dan boleh bertindak balas dengan melakukan provokosi serang balas jika ia diketahui ramai.

Beijing berulang kali menyangkal kritikan tindakan keras dilakukan ke atas wilayah yang majoriti penduduknya Islam, yang mana lebih 1 juta etnik Uighur, Kazak dan minoriti lain dihantar ke kem di mana mereka pada kebiasaannya tertakluk kepada arahan politik.

China telah menganjurkan lawatan ke kem, yang disifatkan sebagai ‘pusat latihan vokasional’ sukarela yang bertujuan menyediakan ‘pelajar’ dengan kemahiran bekerja.

Dokumen itu dibocor oleh oleh anggota pertubuhan politik China yang berharap menghalang Xi dan pemimpin lain anggota komunis China daripada terlepas daripada bertanggungjawab, bertentangan dengan dakwaan tersebut.

Individu tersebut tidak mahu dikenali, menurut New York Times seperti dipetik The Guardian.

Menurut laporan tersebut, pada awal Xi memanggil tindakan keras dalam beberapa siri ucapan peribadi kepada para pegawai ketika beliau melakukan lawatan ke Xinjiang pada 2014, beberapa minggu selepas militan Uighur menyerang sebuah stesen keretapi, menikam dan membunuh 31 orang.

“Kita mesti berlaku keras kepada mereka,” kata Xi sambil menambah ‘dan tidak menunjuk belas kasihan’.

Dalam ucapannya, tidak jelas Xi mengarahkan kewujudan sebuah rangkaian kem yang besar tetapi menggesa parti menggunakan ‘organ kediktatoran’ untuk menangani ekstremis.

Dokumen lain menunjukkan para pegawai melihat pada United Kingdom (UK) sebagai langkah berjaga-jaga kerajaan yang meletakkan ‘keselamatan di atas hak asasi manusia’.

Sebaliknya, Xi menggalakkan para pegawai mengikuti aspek ‘perang ke atas keganasan’ Amerika Syarikat (AS) berikutan insiden 11 September.

Antara dokumen yang banyak memberi maklumat ialah skrip pegawai tempatan di Turpan di selatan Xinjiang yang menyatakan ramai kanak-kanak yang pulang ke rumah bercuti mendapati ibubapa mereka tiada kerana ‘dihukum’ dan dihantar ke kem.

Ramai pelajar pintar Xinjiang melanjutkan pelajaran ke universiti di wilayah China lain.

Para pegawai diarahkan menemui pelajar terbabit sebaik sahaja mereka pulang ke rumah dan menerangkan bahawa orang kesayangan mereka telah terdedah kepada agama yang ekstrem dan menerima ‘pendidikan’ untuk  membasmi ‘pemikiran keganasan’ mereka.

Jika ditanya mengapa sanak saudara tidak boleh pulang jika mereka hanya menerima latihan, para pegawai akan memberi alasan untuk menjustifikasikan penahanan dan pengasingan yang lama.

“Kebebasan hanya mungkin apabila ‘virus’ dalam pemikiran mereka dibasmi dan mereka berada dalam keadaan sihat,” kata skrip itu.

Dokumen tersebut juga memberi tumpuan kepada bantahan daripada para pegawai tempatan. Pada 2017, lebih 12,000 siasatan ahli parti dilakukan kerana melanggar perkara berkaitan ‘pejuangan terhadap puak pemisah’.

Menurut dokumen dalaman, seorang pegawai China berbangsa Han dipenjara kerana cuba melambatkan dan melindungi penahanan para pegawai Uighur.

Wang Yongzhi yang bertanggungjawab di daerah Yarkand dijadikan contoh selepas beliau menentang arahan dan dalam diam-diam membebaskan lebih 7,000 tahanan.

“Beliau enggan,” kata dokumen dalaman, ‘untuk mengumpul setiap orang yang sepatutnya dikumpulkan’.

Beijing tidak mengulas mengenai dokumen itu. Ketika New York Times disekat di tanah besar China, laporan tersebut dilihat telah disebarkan. Pada blog mikro, Weibo, yang sering melakukan penapisan, beberapa pengguna menyiarkannya dalam bahasa Inggeris: “Dia enggan,”.

Seorang pengguna Weibo menulis: “Masa mencatatkan segalanya. Mereka yang terlalu mahu perhatian selalunya mereka yang tidak mampu bertanya mengenainya. Ombak sejarah sedang meningkat. Kebenaran akan muncul suatu hari. Itu yang saya percaya,”. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast