TERKINI : Giliran Teo Nie Ching Pula “Mohon Maaf”

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengesahkan belum menerima apa-apa laporan berhubung kejadian dua pelajar sekolah rendah digigit anjing liar dalam kawasan sekolah di Sabah dan Negeri sembilan.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching bagaimanapun berkata pihaknya akan mendapatkan laporan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kedua-dua negeri itu dalam masa terdekat.

“Saya belum terima laporan ini lagi. Saya akan semak dengan Jabatan Pelajaran Saban dan Negeri Sembilan untuk dapatkan laporan terperinci.

“Berlaku hari ini (tanya beliau)? Berlaku minggu lepas.

“Saya mohon maaf kerana saya menang tidak terima laporan terhadap insiden tersebut,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.