TERKINI : Wee Jeck Seng Tunai Janji UMUM “Buka 2 Pusat Khidmat Parlimen Tanjung Piai”

Ahli Parlimen baharu Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng menunaikan janjinya dengan membuka semula dua pusat khidmat wakil rakyat bermula hari ini untuk kemudahan penduduk membuat aduan.

Pusat khidmat yang sejak lebih setahun lalu hanya dijadikan bilik gerakan itu kini menjadi Pusat Khidmat Ahli Parlimen di mana penduduk di dua buah Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pekan Nanas dan Kukup boleh mengadu masalah yang mereka hadapi.

Jeck Seng berkata, pusat khidmat itu dibuka serta-merta dan penduduk di kawasan berkenaan yang mempunyai sebarang masalah boleh mengadukannya pada bila-bila masa.

1 Komen

Comments are closed.