Datuk Seri Dr. Dzulkifli Mohamad Al-Bakri
Dr. Dzulkifli Mohamad Al-Bakri.

KUALA LUMPUR – Solat Maghrib berjemaah akan diadakan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Ia akan diketuai oleh Skuad Jom Solat dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al Bakri mengajak peminat bola sepak Harimau Malaya dan Indonesia bersama-sama menunaikan kewajipan sebelum memasuki stadium.

“Skuad Jom Solat mengajak kita bersama-sama berjemaah terutama solat Maghrib sebelum langkah kaki masuk stadium,” ujarnya dalam satu video yang dimuatnaiknya hari ini.

Beliau juga menasihati para peminat bola sepak negara supaya menjaga ukhwah dan tidak beremosi sehingga berlaku perkara tidak diingini malam ini.

Beliau juga mahu mereka menghormati peminat bola sepak dari Indonesia yang hadir.

“Kita harap dapat pamer aksi persahabatan antara ekor Harimau Malaya dan Indonesia.

“Sukan, sukan juga, solat kita jaga,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada tajaan tiket daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada tim Skuad Jom Solat.

“Kita juga berdoa kepada Allah agar kejayaan mengiringi pasukan bola sepak Malaysia,” katanya.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Jangan risau org Malaysia tidak segoblok penyokong indon di Jakarta…

    Penyokong indon yg dtg ke bkt jalil pun org indon yg ada-ada dan TKI yg tidak mahu terjebak dlm pergaduhan…

    Inn sya Allah perlawanan mlm nie berlangsung aman…

Comments are closed.