TERKINI : Walaupun Hidung Berdarah ‘Tun Mahathir’ Tetap Teruskan Sidang Media

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berada dalam keadaan sihat dan bertugas seperti biasa.

Beliau terpaksa menamatkan sidang media dalam keadaan tergesa-gesa pagi tadi kerana mengalami sedikit pendarahan hidung.

Dr. Mahathir yang sebelum itu merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa MPOB 2019 (PIPOC 2019) di Kuala Lumpur Convention Centre kelihatan penat dan tidak sihat semasa menghadiri sidang media berkenaan.