Aliff Aziz

KUALA LUMPUR – Pelakon kontroversi, Aliff Aziz didakwa lagi di mahkamah Singapura  atas satu pertuduhan baharu iaitu berkelakuan tidak senonoh.

Memetik laporan Berita Mediacorp Singapura, Aliff didakwa menjerit dan membuat gerak isyarat menggunakan tangannya secara terlampau di Orchard Towers, Singapra jam 6.25 pagi pada 10 November lalu.

Sebelum ini tular satu video memaparkan pelakon itu ditangkap polis di negara jiran itu selepas didapati bergaduh dengan seorang lelaki.

Dalam rakaman tersebut, Aliff dilihat bergelut dengan anggota polis dan kedengaran dia menghubungi bapanya untuk mendapatkan bantuan.

Bagi dakwa tersebut, jika disabit kesalahan Aliff boleh didenda sehingga S$2,000 (RM6,110) atau penjara tidak melebihi tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Ini merupakan tuduhan ketiga terhadap Aliff apabila sebelum ini, Aliff berdepan dengan dua tuduhan mencuri.

Pada 3 September lalu, Aliff dituduh mencuri wang milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia bernama Raja Yunika Perdhana Putri dan satu lagi kes mencuri sekotak rokok Marlboro serta pemetik api milik seorang lelaki di Starbucks Plaza Singapura. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Harap muka saja boleh jual otak letak dilutut…budak2 zaman sekarang susahkan mak bapa susahkan isteri dan anak.

Comments are closed.