The Japan Meteorological Agency (JMA) upgraded Friday's quake to a 6.7 magnitude and warned that tsunami waves of up to one metre (three feet) could hit the northern Pacific coastline.

BANGKOK – Gempa bumi kuat berlaku berhampiran sempadan Thailand dan Laos, menyebabkan bangunan bertingkat tinggi di Bangkok bergoyang.

Malah, satu loji kuasa di Laos terpaksa digantung operasi untuk pemeriksaan keselamatan.

Tiada laporan korban atau kerosakan utama akibat daripada gempa dengan magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Gempa itu dilaporkan dengan kedalaman 10 km (6 batu), kira-kira 92 km (57 batu) timur laut Muang Nan berlaku kira-kira 6.50 pagi (2350 GMT).

Gempa itu dirasai di utara Thailand dan penduduk yang tinggal di bangunan tinggi lebih 600 km (400 batu) di selatan.

Penduduk berhampiran pusat gempa itu berkata, mereka merasakan beberapa gempa susulan.

Di Laos, Loga Thermal Power Plant menggantung operasi, tetapi tidak ada kerosakan yang ketara dan penjanaan elektrik akan dapat diteruskan tidak lama lagi, kata syarikat Thai Banpu Power PCL, yang memegang 40% kepentingan dalam loji itu.

Penggantungan itu tidak akan menjejaskan bekalan elektrik di Thailand. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast