Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Langkah Universiti Putra Malaysia (UPM) menangguhkan program syarahan akademik bertajuk Bicara Eksklusif Islam Membawa Kesatuan yang akan disampaikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikritik kepimpinan tertinggi parti itu.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan tindakan menghalang Hadi memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) adalah satu tindakan ‘cakap tidak serupa bikin’.

“Ya, dulu janji nak terbuka dan menteri pun bagi surat sama. Kalau kita sudah janji, surat peraku dalam parlimen tidak boleh buat atau ditarik balik. Ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Tuan Ibrahim diminta mengulas mengenai kenyataan seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPM, Arman Usman yang mendakwa penangguhan tersebut terjadi apabila universiti terbabit mendapat tekanan daripada Kementerian Pendidikan.

Dakwa Arman, disebabkan NC (naib canselor) sendiri menyeru supaya kita menangguhkan program ini. Disebabkan sekatan-sekatan di belakang dari pihak kementerian sendiri,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata parti sangat dukacita dengan sikap yang dijanjikan oleh PH.

Ini kerana berdasarkan kepada kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik tahun lalu yang mempelawa ahli politik pembangkang menyertai program wacana ilmiah anjuran universiti awam (UA).

Maszlee berkata jemputan berkenaan adalah selaras dengan pembangunan Malaysia baharu, sekali gus menjadikan universiti sebagai medan intelektual terbuka.

“Kita dapat kenyataan dalam Parlimen bahawa mereka tidak boleh halang mana-mana pemimpin parti politik untuk masuk mana-mana universiti.

“Sebab itu bila peringkat awal Presiden dapat jemputan kita rasa sangat teruja kerana UPM dan sebagaiam universiti lain. Tetapi tiba-tiba saat akhir beliau dihalang.

“Apakah selepas PRK Tanjung Piai majoriti 15,000 ataupun kerana kebimbangan terhadap pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen, saya rasa mereka patut lebih terbuka dan saya tahu kenyataan Presiden ada sebut ini program ilmiah tidak ada singgung dalam konteks parti politik,” soal Tuan Ibrahim. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.