Shahrir Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Pakatan Harapan tidak boleh menggugurkan menteri-menteri DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) walaupun kedua-dua parti ini gagal menarik pengundi-pengundi Tanjung Piai untuk menyokong calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad secara sinis berkata, bak kata Setiausaha Agung DAP, yang bertanding dan kalah ialah calon Bersatu dan bukannya DAP.

DAP hanya kalah di PRK Cameron Highlands.

Bagaimanapun, Shahrir menambah, rombakan Kabinet perlu dibuat kerana ada timbalan-timbalan menteri PH yang “tumbang” semasa sidang Dewan Rakyat.

“Dah tak sihat. Jadi atas dasar kesihatan, kena ganti, kena rombaklah,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Rombakan Kabinet sebelum November tahun depan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.