Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Pas, Datuk Ibrahim Tuan Man menjangka menteri pertama yang akan digugurkan dalam rombakan Kabinet tahun depan adalah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, ia diperkukuhkan lagi dengan penolakan umum dalam tinjauan yang dibuat sebuah portal berita baru-baru ini.

“Kita mengalu-alukan rombakan kabinet dan lagi segera lagi baik.

“Siapa perlu dirombak? Menteri Kewangan. Hari ini orang buat survey pun dalam talian, sudah beribu yang mahu Menteri Kewangan ditukar,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Tambah beliau, Guan Eng juga kerap menyalahkan kerajaan lama sedangkan sudah hampir dua tahun mereka mentadbir kerajaan.

“Kenyataan Menteri Kewangan asyik menyalahkan kerajaan lama, ini sudah hampir dua tahun masih menyalahkan kerajaan lama.

“Saya fikir mana-mana kerajaan kita ambil alih dan terpaksa membiayai dan fokus kepada masa depan,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan beliau sedang dalam pertimbangan untuk rombakan Kabinet dibuat atas desakan ramai selepas kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Sabtu lalu.

Menurut Dr Mahathir lagi, rombakan itu akan dibuat sebelum November tahun depan iaitu ketika penganjuran Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). -MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Elok tu menteri kewangan ditukar. Sebab rakyat tidak suka. Kerana peruntukan orang melayu banyak ditundakan. Sebab itu lah PRK TG PIAI ph kalah.

  2. Elok tukar kerajaan terus… Menteri2 yg ade bengap asyik salah kan BN je… Lg2 menteri baling kerusi dan mikrofon

Comments are closed.