KUALA LUMPUR – Filem seram Pusaka berjaya meraih kutipan lebih RM11 juta dalam masa 18 hari tayangan.

Berita gembira itu diumumkan menerusi laman sosial Instagram milik Astro Shaw.

“Filem paling seram #PUSAKA berjaya menggungguli carta filem tempatan dan mendapat kutipan melebihi RM11 juta dalam masa 18 hari tayangan.

“Korang semua memang ohsem dan teruskan menonton Pusaka. Dari Penerbit Filem DUKUN! Filem arahan Razaisyam Rashid. Pusaka kini menghantui pawagam,” tulis pengendali akaun Astro Shaw.

Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director’s Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem itu membariskan bintang-bintang hebat.

Antaranya Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Pusaka ditayangkan di pawagam bermula 31 Oktober lalu. – MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.