TERKINI : Kenyataan Akmal dan Hilman Bercanggah “Siapa Rasmi Kongres AMK?”

Gesaan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat (AMK), Hilman Idham untuk meneruskan perasmian Kongres AMK dengan menjemput Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai tidak mewakili sayap parti itu.

Ketuanya, Akmal Nasah Mohd Nasir berkata, pertemuan yang dibuat Hilman di Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat AMK di Shah Alam malam tadi tidak sah kerana tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh PKR Pusat.