Tan Sri Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Para pemimpin NGO dan pihak swasta boleh memohon menjadi tamu pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, mereka boleh hadir mendengar ucapan dasar Presiden UMNO pada 6 Disember ini.

“Selari dengan hasrat merakyatkan sebuah perjuangan PAU kali ini membuka peluang kepada pemimpin NGO dan badan swasta untuk turut hadir di perasmian dan ucapan dasar presiden,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Annuar, selain parti politik mesra UMNO, komponen Barisan Nasional, rakan Muafakat Nasional pihaknya turut menjemput perwakilan parti dari luar negara.

Untuk lebih terbuka lagi, katanya, pemimpin persatuan pelajar, badan profesional, badan kebajikan dan sebagainya turut dijemput.

Meurut beliau, sesiapa berminat boleh menghubungi pihaknya dengan menghubungi sekretariat PAU dan pejabatnya di talian 03-40482601/03-40482602 selewat-lewatnya pada 30 November ini.

“Bagaimanapun tempat adalah terbatas dan penerimaan permohonan adalah berdasarkan adanya tempat yang mencukupi,” katanya.- MalaysiaGazette