erpihan pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Indonesia pada Isnin lalu. foto CNN
Serpihan pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Indonesia pada Isnin lalu. foto CNN

CHICAGO – Boeing Co telah melunaskan lebih separuh daripada 118 tuntutan terhadap nahas yang membabitkan pesawat 737 Max Lion Air, kata peguam Dan Webb.

Webb yang juga bekas Peguam Negara Amerika Syarikat telah menyertai pasukan undang-undang Boeing bagi mempertahankan syarikat itu dalam kes berkaitan nahas Lion Air.

Tragedi yang berlaku pada bulan Oktober tahun lalu telah mengorbankan 189 nyawa dan Ethiopian Airlines lima bulan kemudian, juga membabitkan pesawat 737 Max.

Menurutnya, kira-kira 64 kes Lion Air telah selesai dan kes sudah ditutup.

Kemalangan membabit Ethiopian Airlines telah mengorbankan 157 penumpang muncung pesawat berkenaan menjunam setelah berlepas dari Addis Ababa pada Mac lalu.

Dua tragedi itu menyebabkan pesawat 737 Max digantung.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah tuntutan yang sudah dijelaskan.

Sebelum ini, Reuters mendedahkan beberapa kes Lion Air yang diselesaikan pada bulan September lalu membabitkan tuntutan sebanyak AS$1.2 bilion.

Tetapi keluarga-keluarga mangsa pesawat Ethiopian Airlines pula mempertimbangkan untuk menyaman Boeing – kebarangkalian untuk mendapatkan tuntutan yang jauh lebih besar.

Peguam, Robert Clifford yang mewakili ahli-ahli keluarga penumpang pesawat Ethiopian Airlines berkata, sebanyak 103 saman telah difailkan setakat ini.

Manakala 30 lagi kes sama akan difailkan tidak lama lagi. – MalaysiaGazette