SEMENYIH – Sempena musim cuti sekolah orang ramai berpeluang mengalami pengalaman percutian yang menyeronokkan bersama keluarga dengan berkunjung ke Taman Tema Air Angry Birds Splash Water World di Setia Ecohill, di sini.

Angry Birds yang bermula dengan permainan video yang dibangunkan oleh Rovio Entertainment Corp dan kemudiannya berkembang ke pelbagai skop hiburan dan barangan pengguna.

Taman tema air seluas satu hektar itu akan dibuka secara rasminya kepada orang ramai bermula esok selama dua bulan dan juga tarikh tertentu seperti hujung minggu dan cuti umum.

Ketua Pegawai Eksekutif One Universal Production Sdn Bhd yang juga penganjur, Alvin Lee berkata hanya 2,000 tiket sahaja yang diperuntukkan kepada orang ramai setiap hari bagi memastikan operasi berjalan lancar dan pengalaman yang berkualiti kepada pengunjung.

Beliau berkata karakter yang digemari ramai di dalam francais permainan Angry Birds seperti Red, Chuck, Bomb, Terrence, dan Mighty Eagle akan berada di taman tema itu.

Antara tarikan utama di taman tema air itu adalah permainan gelongsor air Angry Birds dan halangan yang memaparkan karakter Red, Chuck, Bomb, Mighty Eagle, Terence dan antara gelongsor tertinggi adalah gelongsor berketinggian 12 meter yang pasti memberikan keseronokan berganda kepada para pengunjung.

Untuk maklumat lanjut, butiran tiket dan pembelian, sila lawati laman web Ticket2U (ticket2u.com.my).- BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.