Tun Dr. Mahathir Mohamad. foto SYAFIQ AMBAK, 23 NOVEMBER 2019

PUTRAJAYA – Kerajaan masih mengamalkan rundingan terbuka dan terus dalam menganugerahkan kontrak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun jelas Perdana Menteri, pelaksanaan itu termaktub dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Kita boleh ada cara terbuka atau rundingan terus.

“Kita boleh tumpu pada syarat-syarat rundingan terbuka, syarat-syarat tender,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau diminta mengulas dakwaan Kementerian Pertanian dan Asas Tani yang membatalka tiga kontrak bernilai lebih RM1 bilion dibatalkan kerana menganugerahkan projek itu kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) secara rundingan terus. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Boleh pulak. Apa komen guan eng.. Tender terbuka ker atau suka yg tertutup. Kit siang dan malam membisu.. Anwar kata nak transperan.. Yang mn satu diguna pakai.

  2. DAP PKR Amanah pun bukan transparent juga.
    Semua sama je tapi PH atas meja buat deal dan berebut2 ambil projek.
    Cakap berdentum dentam tapi lagi teruk dari penyamun dan penyangak.
    Sprm AG dan Hakim pun sama je…

Comments are closed.