Eshaq Jahangiri. foto Agensi

DUBAI – Naib Presiden Iran, Eshaq Jahangiri memberi amaran kepada negara-negara serantau tentang akibatnya jika dibuktikan mereka terlibat dalam mencetuskan kerusuhan di negara itu baru-baru ini.

“Beberapa negara di rantau ini sepatutnya tahu mereka tidak akan mempunyai kehidupan yang mudah di rantau ini, jika terdapat petunjuk yang menunjukkan mereka campur tangan untuk mewujudkan kerusuhan di Iran,” kata Jahangiri, dipetik oleh Fars.

Iran mendakwa “samseng” yang dikaitkan dengan – Amerika Syarikat (AS), Israel dan Arab Saudi – kerana mencetuskan pergolakan berikutan kenaikan harga petrol yang membawa kepada beberapa keganasan paling teruk dalam satu dekad.

Saingan serantau Iran iaitu Arab Saudi dan musuh kuatnya, Israel telah menyokong gerakan AS untuk menguatkan sekatan yang telah melumpuhkan ekonomi Tehran, selepas Washington menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran dengan kuasa dunia.

Sementara itu, polis berkata, seramai 180 “pemimpin” yang terlibat dalam aktiviti terlarang ditahan oleh ejen-ejen perisiknya di seluruh negara, lapor televisyen negara.

Pada hari Jumaat lalu, badan kehakiman berkata, Pengawal Revolusi Iran telah menangkap kira-kira 100 pemimpin protes.

Manakala kira-kira 1,000 penunjuk perasaan telah ditangkap, menurut media Iran sejak seminggu lalu.

Centre For Human Rights di Iran, kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di New York berkata, dianggarkan 2,755 orang telah ditahan dengan angka minimum sebenarnya menghampiri 4,000 orang.

Tentera Iran dan ahli-ahli Pengawal Elit telah membantu polis menangani demonstrasi ganas di wilayah Kermanshah minggu ini, pegawai Iran yang mendakwa ejen-ejen AS adalah dalam kalangan penunjuk perasaan yang bersenjata.

Kerusuhan itu muncul sebagai keganasan yang paling teruk sekurang-kurangnya sejak Iran mengeluarkan “Revolusi Hijau” pada tahun 2009, ketika puluhan penunjuk perasaan terbunuh selama beberapa bulan.

Kumpulan hak Amnesty International berkata, sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh di Kermanshah, menjadikannya paling parah oleh protes dan memperbaharui jumlah kematiannya kepada 115 daripada 106 orang.

Iran menolak angka kematian sebagai “spekulasi”. – MalaysiaGazette