SUKAN MG 🎥 | “Elak Ayam Tua” Pemain Naturalisasi Seawal 18 Tahun – FAM

KELANA JAYA – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneruskan program pengambilan pemain naturalisasi kerana terbukti telah memberi impak positif kepada skuad bola sepak kebangsaan ketika ini.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi selaku Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi bagaimanapun berkata, mekanisme proses pengambilan pemain itu akan memberi fokus kepada tempoh jangka panjang.