SUKAN MG 🎥 | FAM Jelaskan Punca “Wan Kuzain” Tak Sertai Sukan Sea Filipina – Stuart Ramalingam

KELANA JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelaskan bintang muda negara yang beraksi di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal tidak disenarai akhir 20 pemain ke Sukan SEA Filipina kerana masalah dokumentasi.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, dokumentasi pemain berusia 21 tahun itu memerlukan proses penyelarasan yang agak lama.

Beliau bagaimanapun tidak boleh mendedahkan butiran antarabangsa itu kepada umum.