Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa Pakatan Harpaan memberi pelbagai alasan yang berbeza setiap hari berhubung isu pemberian tender padu bernilai RM1.4 bilion kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebelum ini Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Sim Tze Tzin menafikan ada campur tangan dalam tender tersebut oleh menteri atau beliau sendiri.

Artikel berkaitan:Tender Nafas: Sabotaj atau kambing hitam

Tender Nafas: Salahuddin mengaku tulis surat sokongan kepada Tun M

Tender: Ada pegawai sabotaj Salahuddin – Khalid

Tidak betul menteri, timbalan menteri terlibat dalam tender

Tetapi, katanya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pula mengaku beliau campur tangan dengan menulis surat kepada Perdana Menteri untuk tender yang sudah pun dikeluarkan itu dibatalkan dan diberi terus kepada Nafas.

“Timbalan ko dah elok-elok jawab dalam parlimen tak ada campur tangan.

“Yang ko pulak pergi mengaku buat apa? Nanti timbalan ko dituduh menipu dewan rakyat, korang susah pulak,” kata Najib.

Tambah Najib lagi, seorang lagi Menteri PH pula mendakwa isu tender ini adalah sabotaj kakitangan kerajaan/

Manakala seorang lagi pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), yang juga merupakan salah satu dari lantikan politik ke lembaga Nafas tuduh ini sabotaj Ketua Setiausaha (KSU) yang luluskan tender ini diberi kepada orang Cina.

“Ya, dah mula main rasis lah tu apabila dorang tak boleh jawab betul-betul,” ujar Najib.

Namun, beliau pelik apabila Timbalan Menteri dan Menteri PH kata tender itu belum dianugerah lagi kerana Menteri Kewangan perlu meluluskan tender yang nilainya lebih RM50 juta.

Jadi, soal Najib, adakah pemimpin parti Amanah ini tuduh Guan Eng hendak menganugerahkan ender itu kepada orang Cina.

Kata Najib lagi, walaupun setiap hari ada alasan yang berlainan dari PH tetapi persoalan yang masih tak terjawab lagi ialah adakah Menteri PH mengubah akta Nafas supaya lembaganya dikuasai oleh lantikan politik menteri dan bukan lagi melalui cara pemilihan oleh ahli-ahlinya.

“Adakah orang yang dilantik itu semua pemimpin parti Amanah dan PH?

“Kenapa pemegang-pemegang saham Nafas perlu tanggung kos sewa untuk berpuluh bilik hotel selama sebulan semasa PRK Tanjung Piai?,” soalnya. – MalaysiaGazette