Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda

KUALA LUMPUR – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda tidak fikir Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehuddin Hassan telah melanggar tugasnya berhubung tender pertanian yang kini menjadi buah mulut banyak pihak.

“Saya pun dengar juga di Twitter, Whatsapp yang mereka kutuk KSU. Mereka kata KSU sabotaj, dalam hal ini kerajaan mesti ada prosedurnya.

“Saya tak pasti sama ada betul-betul KSU ini sabotaj atau telah melanggar tugas. Proses tender sebut harga dan sebagainya kalau dibuat tentu ada proses-proses tertentu,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini hari ini.

Menurut Azih, kerajaan mempunyai hak bagi menentukan sebarang tender yang dikeluarkan untuk diberi kepada pihak-pihak berdasarkan prosedur yang ditetapkan.

Bagaimanapun, ia perlu melalui proses-proses tertentu dengan melibatkan pegawai yang bertanggungjawab menguruskan tender tersebut, kata

Beliau diminta mengulas mengenai desas desus menyatakan bahawa Sallehuddin telah digantung kerja serta-merta dan kini dipetisejukkan di jabatan lain.

Tersebar di aplikasi WhatApss kononnya KSU terbabit dipetisejukkan.

Dalam satu informasi menerusi aplikasi Whatsapp, Sallehuddin dikatakan telah digantung kerja serta-merta dengan turut melibatkan beberapa pertukaran jawatan di beberapa kementerian.

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mendakwa terdapat cubaan sabotaj dalam kalangan pegawai kementerian dengan menganugerah dan membatalkan tender tanpa pengetahuan Salahuddin.

BACA: Tender: Ada pegawai sabotaj Salahuddin – Khalid

Salahuddin pula mengaku menulis surat kepada perdana menteri mengesyorkan tender pertanian padi bernilai RM1.4 bilion diberi kepada Nafas.

Beliau berkata tidak salah menulis surat sokongan itu kerana tender itu belum diputuskan dan akhirnya, ia akan memberi manfaat kepada 920,000 ahli Nafas dan bukan untuk perkayakan dirinya.

BACA:Tender Nafas: Salahuddin mengaku tulis surat sokongan kepada Tun M

Sebelum itu, Presiden MCA Wee Ka Siong meminta pengesahan dalam Dewan Rakyat mengenai seorang menteri menulis surat sokongan kepada Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau mempersoalkan pemberian projek pembekalan input pertanian sektor padi kepada Nafas, yang melibatkan peruntukan RM1.4 bilion, mendakwa ia diberi secara rundingan terus walaupun tewas dalam persaingan tender terbuka.

BACA:Tender pertanian bukan skandal – Salahuddin

Dalam pada itu, Azih turut melahirkan rasa sedih terhadap perkara yang berlaku dan mengharapkan agar ia melemahkan semangat penjawat awam untuk terus berkerja.

“Saya tak mahu ulas lebih lanjut sebab tidak berada di sana. saya tak fikir KSU tidak mematuhi apa-apa prosedur perolehan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

KSU sabotaj Salahuddin?

1 Komen

  1. Ape benda kopek ni. Penjawat awam hanyalah sbg setiausa tetapi kuasa melulus tetap menteri. Klau tak faham letak jawatan lebih baik.

Comments are closed.