TNB merujuk kepada mesej yang ditularkan dalam media sosial berkaitan notis ‘Maklum Balas Rumah Berkunci’ bertarkh 11 Ogos 2016 (sila rujuk lampiran).

 

KUALA lUMPUR – Hantaran notis ‘Maklum Balas Rumah Berkunci’ yang tular dalam media sosial baru-baruini merupakan hantaran lama yang ditukarkan semula.

Malah menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB), notis itu tidak lagi diguna pakai dan telah diganti dengan ‘Notis Maklum Balas Premis Berkunci’ bermula 2017.

“Untuk makluman, notis berkenaan dikeluarkan oleh Unit Perjangkaan Kuala Lumpur pada 2016 sebagai prosedur biasa,
apabila pembaca jangka TNB tidak dapat mengakses meter disebabkan pintu pagar berkunci atau halangan lain,” katanya dalam kenyataan.

Berikutan itu, syarikat utiliti itu menasihatkan penggunanya menghubungi TNB CareLine di talian 1300-88-5454 atau mengunjungi Kedai Tenaga berhampiran sekiranya menerima notis yang mencurigakan. – MalaysiaGazette