KOREA SELATAN – Penyanyi K-pop, Goo Hara meninggal dunia di kediamannya di Cheongdam-Dong, kawasan Gangnam pada awal pagi semalam.

Portal berita antarabangsa melaporkan kematian bintang berusia 28 tahun yang juga merupakan bekas ahli kumpulan Kara disedari pukul 6 pagi waktu tempatan.

Bagaimanapun, punca kematian penyanyi itu masih belum didedahkan.

Pada Mei lalu, Goo Hara mengemukakan permohonan maaf kepada peminatnya selepas dilaporkan cuba membunuh diri.

Sebelum kematian, Goo Hara aktif mempromosikan karyanya di Jepun termasuk siri jelajah terbaharu, Midnight Queen.

Mendiang juga terbabit dalam kekecohan kes mahkamah melibatkan bekas teman lelakinya, yang didakwa melakukan serangan dan juga mengancam keselamatan Goo Hara.

Pada tahun 2015, Goo Hara membuat kemunculan solo dengan EP Alohara (Can Can You Feel It?)selepas pembubaran Kara.

Sejak itu, dia turut melebarkan karier dengan memegang watak untuk projek filem dan juga televisyen. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.