KUALA LUMPUR – Seorang wanita cemas apabila kereta yang dipandunya terjunam ke dalam sebuah lubang berikutan mendapan tanah lewat malam tadi

Kejadian tanah mendap di Jalan Maharajalela menghala Jalan Loke Yew pada pukul 11.35 malam tadi menyebabkan pembentukan sebuah lubang seluas 3 meter persegi.

Sebuah kereta Myvi yang dipandu seorang wanita tererosok ke dalam sebuah lubang akibat tanah mendap.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, mendapan itu  megakibatkan sebuah kereta Myvi yang dipandu seorang wanita berusia 42 tahun terperosok ke dalam lubang tersebut.

“Pemandu tidak alami kecederaan,” katanya.

Siasatan dijalankan di bawah Rule 10 LN166/59. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.