KAJANG: Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong) akan menghantar memorandum kepada kerajaan, meminta supaya lembaga pengelola sekolah dilibatkan dalam keputusan sama ada mahu mengadakan pengajaran tulisan Jawi di satu-satu sekolah atau sebaliknya.
Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim berkata, Dong Zong dan juga persatuan-persatuan Cina kecewa kerana lembaga pengelola sekolah tidak ditetapkan sebagai pihak yang membuat keputusan berkenaan perkara itu.
“Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) amat mengambil berat tentang perkembangan isu pengajaran Jawi.
“Kami tidak berpuas hati dengan keputusan yang tidak menjadikan lembaga pengelola sebagai pembuat keputusan dalam isu ini.
Peranan lembaga pengelola sekolah dalam soal itu bagaimanapun dinafikan dan menimbulkan rasa tidak puas hati.
“Inilah hasil keputusan mesyuaratnya, kami tidak akan goyang dan kami menegaskan autonomi lembaga pengelola dalam membuat keputusan,” katanya.
Beliau berkata, walaupun Dong Zong dan Jiao Zong telah bertemu lima kali dengan Kementerian Pendidikan berhubung isu pengajaran Jawi, tetapi kementerian asyik mengelak daripada perkara utama. – MalaysiaGazette
Kau taknak jawi kau punya pasal lah, apa pasal kau nak ajak orang lain ikut suka kau. Bodoh punya kafir laknat.