Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

KUALA LUMPUR – Penghinaan terhadap bendera negara oleh pihak yang diberikan kerakyatan merupakan satu perbuatan yang sangat melampau yang mesti diambil tindakan.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, rakyat akan melihat sejauh mana ketegasan kerajaan terhadap golongan yang diberi peluang hidup di Malaysia te tapi menghina negara.

“Jika mereka terlepas, ia menunjukkan sama ada kerajaan tidak serius dalam isu sebegini atau kerajaan boleh dipersendakan,” katanya dalam laman Facebook.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas kontroversi jumlah bintang pecah dalam grafik bendera Malaysia yang dipaparkan pada skrin semasa Majlis Perasmian Kejohanan Bola Keranjang Milo Lum Mun Chak ke-28 semalam.

Menurut Dr Mohd Asri yang meminta kerajaan bertindak tegas dalam kes tersebut berkata, tidak kira samada kerajaan tidak serius dalam isu sebegini atau kerajaan boleh dipersendakan, kedua-duanya buruk untuk masa depan sebuah kerajaan yang ingin menguruskan negara secara berdaulat. – Malaysiagazette

Bendera lima bintang: Ini sudah melampau

1 Komen

  1. Setuju dgn pandangan n pendapat Dr MAZA perbuatan memasang bendera terbalik satu perbuatan ‘sengaja’ yg melampau. Satu tindakan tegas perlu dikenakan kpd pelaku, sbg pengajaran kpd perbuatan penghinaan yg melampau. Ini sbg pengajaran kpd yg lain agar memandang serius perbuatan sebegini.

Comments are closed.