BERLIN – Beribu-ribu traktor yang dipandu para petani menuju ke Berlin sebagai tanda bantahan terhadap dasar pertanian kerajaan Jerman.
Polis mengatakan kira-kira 5,000 traktor dan 10,000 petani dijangka menyertai bantahan terhadap peraturan perlindungan alam sekitar yang terlalu ketat.
Para penunjuk perasaan merancang untuk menghalang laluan di ibu negara dengan konvoi traktor perlahan bergerak dan berkumpul di Brandenburg Gate.
Kabinet Canselor Angela Merkel pada bulan September lalu memutuskan cadangan termasuk sekatan yang lebih ketat ke atas penggunaan racun perosak dan untuk melindungi serangga dan pada baja bagi melindungi air bawah tanah.
Para petani berkata, kerajaan harus bekerjasama dengan mereka dan kumpulan pemuliharaan untuk mencari cara terbaik untuk melindungi alam sekitar sambil mengekalkan daya saing ladang.
Mereka mengundang dalam kalangan petani untuk berunding pada awal bulan Disember. – MalaysiaGazette