Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Mulai tahun depan, kadar yuran permit mengajar guru persendirian di institusi pendidikan swasta akan dilaksanakan seperti ditetapkan dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Permit Mengajar) 2013.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), ia akan melibatkan bayaran proses RM10 dan bayaran fi permit RM30.

“KPM ingin menjelaskan kadar bayaran baru yuran permit mengajar bagi guru persendirian di semua institusi pendidikan swasta telah diwartakan pada 2013.

“Namun, disebabkan kebolehupayaan sistem pelaksanaannya ketika itu agak terhad, maka bayaran lama berdasarkan Peraturan-peraturan Guru (Pendaftaran) 1957 berjumlah RM2 masih dikekalkan sehingga tahun ini,” menurut kenyataan kementerian itu mengulas laporan akhbar berbahasa Cina bertajuk “Yuran permit sekolah menengah dinaikkan sebanyak 20 kali”.

KPM berkata, kadar yuran permit mengajar itu akan dilaksanakan pada kadar baru memandangkan sistem itu sedia beroperasi sepenuhnya.

“KPM sentiasa mendengar dan memastikan penambahbaikan terhadap pendidikan negara bagi menjamin kualiti sistem pendidikan terbaik untuk semua warga pendidik dan masyarakat amnya.

— BERNAMA

2 Komen

  1. Baru tahu jika guru sekolah dipanggil guru, jika guru tuisyen dipanggil gurun. Canggih betul kerajaan baru ni.

Comments are closed.